Something Special here...

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 24, 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.


Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan Ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.


Friday, June 24, 2011

Kulit Berkedut Tanda Tulang Rapuh.

Lamanya tak buka rumah ni.. dah banyak sawang nampaknya, banyak tenaga nak kena guna untuk operasi membersih ni.. laratke?? hehe... sesuai dengan peningkatan usia, tenaga pun dah makin kurang, kulit pun dah semakin kedut dan tulang pulak dah semakin rapuh... dalam bahasa Pak Nil dipanggil 'kertu' haha.. Jadi eloklah beringat ye!
Cerita pasal kulit dan tulang di sini saya ada sedikit info yang amat berguna:

Semakin hari semakin kita berusia dan semakin berusia pula maka terdapatlah tanda-tanda berkedut di wajah.

Jika ingin tahu kesihatan tulang, belek sahaja muka dihadapan cermin dan kira garisan kedut yang kelihatan pada wajah anda.

Sekiranya garis penuaan dan kedutan semakin jelas, ia bermakna kepadatan tulang anda semakin berkurangan, terutamanya pada wanita menopause.

Merungkai kaitan kedutan dengan kesihatan tulang wanita, Pakar Endokrin Reproduktif daripada Fakulti Perubatan Uneversity Yale Amerika Syarikat, Dr. Lubna Pal memberitahu, tulang dan kulit dihasilkan oleh kelompok protein yang sama disebut kolegen.

Pertambahan usia akan menyebabkan pengeluaran kolegen menyusut sekaligus mengurangkan keanjalan kulit dan mengakibatkan kulit berkedut.

Pengurangan ini akan mempengaruhi kepadatan tulang.

Dalam satu kajian yang membabitkan 114 sukarelawan wanita yang berumur 30-an hingga 50-an, dengan menggunakan alat Durometer untuk pemeriksaan keanjalan kulit manakala sinar X pula untuk menguji kepadatan tulang responden.

Hasilnya wanita yang mempunyai kedutan paling banyak memiliki tulang yang lebih rapuh berbanding wanita yang kulitnya masih anjal.

Sunday, February 27, 2011

APA ITU CINTA.


Cinta ialah apabila kamu menerima segala kesalahan dan kekurangannya, kerana itu adalah sebahagian dari dirinya.

Cinta ialah apabila kamu menangis saat dia sedih meskipun dia kuat dan tabah.

Cinta ialah apabila kamu memaafkannya dan bersedia tetap bersamanya saat dia menyakiti dan melukai hatimu

Cinta ialah apabila kamu tetap setia walauapa pun yang terjadi kepadanya, ketika dia sihat mahupun sakit, ketika dia kuat mahupun lemah dan ketika dia gembira mahupun duka.

Cinta ialah apabila kamu bersedia memberikan hatimu, jiwa raga kehidupanmu dan suka dukamu untuk dikongsi bersamanya.

Cinta ialah apabila kamu tertarik pada orang lain, tapi tetap setia mendampinginya tanpa pernah jemu dan menyesal.


Peringatan untuk diriku sendiri dan anak-anak: Cintailah Allah dengan mencintai dirimu sendiri, kedua ibubapamu, suami atau isterimu, anak-anakmu, saudara maramu, agamamu, bangsamu dan tanah airmu kerana semua ini adalah cabang-cabang cinta kepada Allah Swt.

Wednesday, February 16, 2011

Isteri Yang Sentiasa Perawan.


Dr Fatimah Az Zahra telah menurunkan petua untuk para isteri menjaga diri agar sentiasa menjadi 'abqaro' seperti menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. 

Caranya:

Lepas solat Isya’, ambil segelas air, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan 

Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum.

Niat di dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga. 


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: 

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

Tuesday, February 8, 2011

CINTA LELAKI


Cinta lelaki bukan saja pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.

Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami. Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita disisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya,jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

•Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri tanpa sedikit keterpaksaan.

•Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

•Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

•Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

Dia mencemburui kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

•Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

•Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

•Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.

•Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri.

.Merasa lega bila pasangan memujuknya.

•Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

•Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

•Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

P/S: Sering kali mata tak melihat apa yang telah di lakukan oleh hati dan hati pula selalu menafikan apa yang terlihat oleh mata. 
Ya Allah bantulah aku sentiasa agar tidak 'buta mata' dan 'buta hati'.
Syukur Ya Allah.. Terima kasih lelakiku! kerana sentiasa jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaan kita... semoga semua ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Thursday, November 18, 2010

Nasihat Imam Shafi'e Dalam Mencari Sahabat Sejati.


PERSAHABATAN sejati memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan sejati. Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan… 

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku…" Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. Pasang surut persahabatan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. 

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat. Sukarnya mencari sahabat sejati. Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. 

Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit. Sahabat sejati pada waktu susah. Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia. Rosaknya keperibadian seseorang.
.
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu. Menghormati orang lain. Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat. Menghadapi musuh. Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

Tipu daya manusia. Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. Tempat menggantungkan harapan. Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati. Menjaga nama baik. Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
.
Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Nota: Di manakah sahabat sejatiku............................................................................................?

Sunday, November 14, 2010

KELEBIHAN PUASA SUNAH ARAFAH

Puasa hari Arafah bagi umat Islam di negara ini pada 16 November bersamaan 9 Zulhijjah yang disahkan oleh Jakim. Ini berikutan penetapan Hari Raya Aidiladha pada 17 November dan permulaan 1 Zulhijjah pada 8hb. November.
Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa bagi mereka yang tidak berkesempatan menunaikan haji.
Sebahagian ulama menyarankan kita berpuasa pada dua hari iaitu pada 8 haribulan (9 haribulan di Makkah) dan pada 9 haribulan mengikut masa Malaysia.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan Hari Arafah :
“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah”
(Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.


KELEBIHAN PUASA SUNAH ARAFAH
Berdasarkan beberapa hadis yang sahih, berpuasa pada hari ‘Arafah mempunyai kelebihan yang  besar seperti di bawah: -
صيام يوم عرفه احتسب على الله ان يكفّر السّنة التي قبله والسّنة التي بعده
وصيام يوم عا شوراء احتسب على الله ان يكفّرالتي قبله
Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya;
“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya ” (HR Muslim)
Dari Qatadah bin An-Nu’man, beliau mendengar Rasulullah (saw) bersabda maksudnya;
من صام يوم عفرالله له سنتين, سنة امامه وسنة خلفه
“Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Arafah, nescaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.” (Dinilai sahih – Ibn Maajah, Shahih Al-Jaami’ Ash-Shagiir”)
Marilah kita merebut peluang ini kerana sebagai insan tentunya kita banyak melakukan dosa sama ada yang kita sedari mahu pun tidak disedari.
Sekadar berkongsi pengetahuan dan pembacaan dengan pembaca blogku ini. Moga kita sama-sama mendapat Rahmat dan Keberkatan dariNYA dan diampunkan segala dosa demi menambah lagi bekal akhirat sebelum bertemu ALLAH.

Friday, October 29, 2010

Dalam Harapku

Suami dan teman-teman bertanya sejak bila pulak pandai sangat bersajak-sajak ni! Kata suamiku' berpuluh-puluh tahun hidup sama tak pernah dengar pun nora bersajak, apa lagi nak menghasilkan sebuah sajak! Tiba-tiba boleh buat sajak pulak... haha.. itu perubahan hormon bagi wanita yang semakin matang dan ber... ( hiss.. tak nak habiskan perkataan tuu.. nak kena cucuk botoq ni..kikiki ..kau orang faham-faham sendirilah ye!)

Bukan apa dah bertahun-tahun menghadap angka dan mengira.. kepala pun dah naik mengong bertembung pulak dengan hormonku ini... tiba-tiba otakku jadi puitis!  meh! tengok apa ada kat bawah ni..

Sajak ini nukilan seorang sahabat mayaku Hanta Deis yang sering berkongsi sajak dan puisinya bersamaku. Mari kita getarkan hati dan perasaan menyelusuri makna luahan perasaan penyair yang kehilangan 'tulang rusuknya' ini.

Dalam Harapku

bukan waktunya kumemetik tangkaimu
tiba-tiba kuntummu layu dan gugur di perdu
sebelum aku sempat menjambangimu
untuk sebuah kamar tidurku yang sepi
sedang dalam harapku
harummu pasti mewarnai malam dan siang hayatku
setelah sekian lama kubina angan
bagi sebuah syurgawi yang syahdu

bukan waktunya kumemetik tangkaimu
tiba-tiba kuntummu layu dan gugur di perdu
sebelum aku sempat menyuntingimu
untuk sebuah hatiku yang sepi dan kering
sedang dalam harapku
harummu pasti mewarnai gelap dan cerahnya kalbuku
setelah sekian lama kubina angan
bagi sebuah ikatan yang suci dan murni

bukan waktunya kumemetik tangkaimu
tiba-tiba kuntummu layu dan gugur di perdu
sebelum sempat aku menyerimu
untuk sebuah rasa batiniahku yang nyeri
sedang dalam harapku
putikmu pasti membuahkan tunas baru
setelah sekian lama kubina rangka
bagi sebuah istana yang isinya irama dan lagu

bukan waktunya kumemetik tangkaimu
tiba-tiba kuntummu layu dan gugur di perdu
sedangkan kau satu dalam beribu
pasti sukar mencari yang baru

Wednesday, October 27, 2010

Aku hanya mahu menjadi diriku semula

Aku merasa seperti kehilangan sesuatu dari dalam diriku...
Aku merasa seperti sesuatu telah pergi meninggalkan diriku...
apa yang hilang?
apa yang telah pergi?
ketenangan, keyakinan, ketulusan atau keimanan!
atau semua itu telah pergi dari dalam hidupku.
Apa yang telah aku lakukan sehingga semua ini lintang pukang lari meninggalkan aku...
hidup yang terlalu berlibur menjadikan imanku lebur...
hidup yang terlalu dimanja membuatkan aku jadi lupa...
hidup yang terlalu selesa menyebabkan aku kealpaan...
Ya Allah bantulah aku agar tidak sesat di jalanMU
Ya Allah bimbinglah aku agar dapat mengenalMU
Ya Allah ingatkan aku agar tidak terus dalam kealpaanku
Ya Allah tunjukkan aku jalan kebenaranMu agar aku tidak sesat dalam mengenalMu
Terlalu banyak kekurangan, terlalu banyak kepura-puraan,
terlalu jauhku berjalan, terlalu lelah kumerasakan...
Ya Allah kurniakanlah aku ketenangan...
Ya Allah kurniakanlah aku keyakinan...
Ya Allah kurniakanlah aku ketulusan...
Ya Allah kurniakanlah aku keimanan...
Ya Allah kurniakanlah aku keberkatan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Aku hanya mahu menjadi diriku semula dan menjadi lebih baik dari yang dulu.
AMIN YA ALLAH...AMIN YA RAHMAN...

Wednesday, October 20, 2010

Izinkan cinta dan setiaku sujud di kakimu bertasbih.

Bagaimana harus ku buktikan lagi
cinta dan setiaku padamu kasih
walau ribut badai melanda hati
gelora cinta dan rinduku untukmu masih

Bagaimana harus ku tegak berdiri
tanpa tiang percayamu kasih
bagaimana harus ku berteduh di sini
bila bumbung setiaku diragui masih

Ketulusan yang bagaimana harus ku pamirkan
sedangkan kemanisan dan kepahitan dilalui bersama
segala keegoan telah ku pamitkan
untuk setia bahagia bersama

usah disuluh cintaku yang terang
usah ditelanjangi setiaku sayang
masihkah lagi hatimu rawan
bagaimana lagi hendak ku tawan

Biarlah bulan bicara sendiri
pada hatimu yang masih meragui
biarlah bintang yang menjadi saksi
pada tragedi kasih ku ini 

andai mentari dan api yang menjadi onaknya
kaulah angin dan air yang menjadi penyejuknya
andai ini ketelanjuranku kasih...
izinkan cinta dan setiaku sujud di kakimu bertasbih...

Saturday, July 17, 2010

Wanita, Mata dan Air Matanya



Allah berfirman: bermaksud

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Nota:
"kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."

Monday, July 12, 2010

Fadhilat Bercium.

Kiss

Artikel ini diemail oleh seorang teman kepadaku. Ianya suatu ilmu kehidupan yang baik untuk di amalkan dan inginku kongsi bersama pengunjung blog ini. 
TETAPI ini hanya boleh diamalkan atau dipraktikkan oleh pasangan suami isteri yang sah sahaja ye! 
JANGAN pula ada pasangan yang belum sah, cuba-cuba nak amalkan! dengar ye anak-anakku!.

Fadhilat Bercium:  Islam Sesungguhnya Memang Indah & Cantik.


Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga
efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung
per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan
nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan
nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan
pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan
stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan
hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak
melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang
merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan
tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah
tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu
menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah
boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan
memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi
kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu
membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan
kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air
liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu
mengurangi sakit.

Selamat beramal dan bercium-ciuman. Semoga hubungan cinta dan kasih sayang suami isteri akan menjadi lebih erat.

Note:
Ini pula rumusan yang dibuat oleh temanku ini yang masih belum mendapat 'temannya' untuk beramal hehe...

"Setelah memberanikan diri membaca alkisah bercium nie kan …I dapat rumusan di bawah…
 
Padanlah stress I berpanjangan tak putus2
Padanlah kalori I bertambah2 walau banyak usaha telah dibuat
Padanlah paru2 I problem
Padanla jantung I lemah
Padanla kurang self-confidence
Padanla kedut da bertambah walau ikhtiar da dibuat
Padanla lubang di gigi cam da nak expire
Padanla penyakit bertambah
Padanla rasa cam tak lameee jer
 
Rope nyer tak berciumaaaan….he..he..he
 
Kesian yang those lambat kahwin tuh…padan stress semacam jer.
 
Tapi yang da pernah kahwin ni lagi tension… sebab da tau dia nyer ”feel”…(positive thinking ye)

He he he …hmmmmmmmm….tawakallah je ler …. wallahualam…"

Hahaha... sahabatku! nanti akan tiba masanya, semua masalah-masalah itu...akan dapat diselesaikan! SABOR YE! SABOR!!.

Saturday, July 10, 2010

Sajak Abah Kepada Ibu.


                                                       
Terima Kasih suamiku untuk sajak yang indah dan sungguh bermakna ini. Ku paparkan di sini untuk di kongsi bersama kepada sesiapa saja yang melawati blogku ini.

Friday, July 2, 2010

SEBUAH BUKU TENTANG CINTA DAN PERKAHWINAN.

"If You want to read about love and marriage, you have got to buy two separate books"
by Alan King


(Jika anda ingin membaca tentang cinta dan perkahwinan, anda harus membeli dua buku berasingan) 

Mengapa kisah tentang cinta dan perkahwinan harus dipisahkan di dalam dua buah buku yang berbeza?

Di dalam kisah cinta yang bahagia harus ada penyatuan dua insan yang dinamakan perkahwinan. Bagaimana mahu mentafsirkan cinta dua insan tanpa ikatan?  

Perkahwinan adalah satu ikatan mulia dua insan bersaksikan janji dengan Yang Esa, itulah yang membezakan kita dengan insan yang membuat ungkapan ini Alan King kerana dia tidak perlu bersaksikan janjinya dengan Yang Esa.

Bagi orang-orang seperti mereka ini, perkahwinan adalah penamat kisah cinta mereka, umpama tersedar dari sebuah mimpi indah dan yang datang selepas itu adalah sebuah igauan ngeri. Begitulah kebanyakan daripada mereka mentafsirkan ikatan sebuah perkahwinan.


Sebuah perkahwinan memerlukan cinta untuk ianya sentiasa hidup mekar hingga akhir hayat. Taj Mahal tidak akan terbina dan menjadi salah satu benda ajaib di dunia, tanpa rasa cinta yang teramat dalam dari seorang suami terhadap isterinya.


Jadi jika anda ingin membaca tentang cinta dan perkahwinan, carilah sebuah buku yang ada mengabungkan kedua-duanya sekali. Kisah tentang cinta dan perkahwinan harus bersatu di dalam sebuah buku yang bagus.


Sunday, June 27, 2010

BAGAIKAN SAKTI




W :Cinta datang
      Tanpa diundang
      Seumur masa tercipta

M :Dia datang bagai sakti
     Bagai menyaksi mekar
     Kembang pagi

W :Cinta datang
      Dengan senyuman
      Panasnya membakar mentari

D :Wajah yang tergambar
     Tak akan terpudar

W :Dari hati insan yang fana ini

D : Fana ini

M : Tak mungkin mentari
      Akan terus sembunyi

M : Tiada sempadan
      Tak bisa ku lewati

D : Jika ini hakikatnya
     Aku serahkan jiwa dan raga ku
     Menanti mu walau sengsara
     Jika ini ketentuannya
     Jika ini hakikatnya
     Aku serahkan jiwa dan raga
     Jika ini ketentuannya
     Kaukan jadi milikku jua

Thursday, June 24, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE 20 TAHUN.





              SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE 20 TAHUN.

Tuesday, June 1, 2010

Kerana Aku Sudah Ada Pilihan.

Akukah yang bersalah di atas segala perasaanmu yang hadir,
aku tidak mampu menghalang kehadirannya tapi akukah penyebabnya?
Aku tidak pernah berpura-pura atas segala kata, tingkah dan lakuku
kerana aku dan kau begitu menyedari siapa diri aku!
Aku lakukan demi sebuah hubungan persahabatan!
bukan atas dasar perasaan yang kau anggap!
Aku tidak mampu memilih lagi..
kerana aku sudah ada pilihan.
Pilihan yang cukup baik!
dan sentiasa menjadi yang terbaik untuk diriku.
Kau harus pergi dari ruang hidupku! pergilah! pergi!...
di hadapan sana akan ramai lagi yang menanti.
Usah bazirkan waktumu menunggu................

Thursday, May 20, 2010

DOA UNTUK KEKASIH.

Khas untuk anak-anakku dan juga teman-teman, agar doa serta ungkapan ini sentiasa diamalkan selepas solat. Semoga Allah akan mengurniakan pasangan dan teman hidup yang terbaik untuk kita melayari kehidupan ini dengan tenang dan membahagiakan hingga akhir hayat.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

P/S: Terima kasih kepada 'Tentang Cinta' untuk entri ini.

Wednesday, May 19, 2010

Pastinya Itulah Destinasimu.

Teman,
Andai masih lagi tersisa di hatimu sedikit kasih...
berikanlah aku kesempatan untuk bertandang di naluri kasihmu itu..
agar aku bisa melewati luka-luka semalam...
akan kubaluti luka kepedihan itu..
agar kau rasai betapa nikmatnya belaian tangan yang mengharapkan kepulanganmu...
Teman,
Bisakah kau mengemudi gelora persaanmu sendirian...
tentukah haluanmu itu!.. benarkah arah yang kau tuju!..
pastikah kau dengan perasaanmu.. haluanmu.. dan arahmu itu..
sudah pastikah sayang!...
kau pernah mengatakan yang pasti hanya mati..
Teman,
Arjunamu, cinta dan kesetiaannya sudah terserlah pasti..
bukan bayang-bayang yang mengekori setiap langkahmu..
dan bukan jua cermin yang mengikut setiap gaya dan perlakuanmu..
tapi dialah teman yang membawamu ke alam syurga yang pasti..
dan sudah sepastinya dia yang harus kau miliki..
Teman,
Tenangkan gelora hati.. jiwa..dan perasaanmu dengan solat dan zikir..
tentukan kiblatmu bersama tahajud cintaNYA dengan istikharah..
serahkan seluruh jiwamu dengan bertawakal kepadaNYA..
yakin dan pasti teman! akan jawapanNYA..
ikutlah haluan itu..dan sudah pastinya itulah Destinasimu..

Buat Temanku.. yang katanya masih lagi tercari-cari makna Kasih dan Kehidupan..
'Sayangku! kehidupanmu sudah dipenuhi dengan kasih dan sayang.. apa perlu lagi kau mencarinya di luar sana..yang belum tentu dan belum pasti akan lebih membahagiakanmu'.

Friday, May 14, 2010

7 Things to Stop Doing Now on Facebook

by Consumer Reports Magazine

Using a Weak Password
Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!


Leaving Your Full Birth Date in Your Profile
It's an ideal target for identity thieves, who could use it to obtain more information about you and potentially gain access to your bank or credit card account. If you've already entered a birth date, go to your profile page and click on the Info tab, then on Edit Information. Under the Basic Information section, choose to show only the month and day or no birthday at all.

Overlooking Useful Privacy Controls
For almost everything in your Facebook profile, you can limit access to only your friends, friends of friends, or yourself. Restrict access to photos, birth date, religious views, and family information, among other things. You can give only certain people or groups access to items such as photos, or block particular people from seeing them. Consider leaving out contact info, such as phone number and address, since you probably don't want anyone to have access to that information anyway.

Posting Your Child's Name in a Caption
Don't use a child's name in photo tags or captions. If someone else does, delete it by clicking on Remove Tag. If your child isn't on Facebook and someone includes his or her name in a caption, ask that person to remove the name.

Mentioning That You'll Be Away From Home
That's like putting a "no one's home" sign on your door. Wait until you get home to tell everyone how awesome your vacation was and be vague about the date of any trip.

Letting Search Engines Find You
To help prevent strangers from accessing your page, go to the Search section of Facebook's privacy controls and select Only Friends for Facebook search results. Be sure the box for public search results isn't checked.

Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised
Facebook limits its members to ages 13 and over, but children younger than that do use it. If you have a young child or teenager on Facebook, the best way to provide oversight is to become one of their online friends. Use your e-mail address as the contact for their account so that you receive their notifications and monitor their activities. "What they think is nothing can actually be pretty serious," says Charles Pavelites, a supervisory special agent at the Internet Crime Complaint Center. For example, a child who posts the comment "Mom will be home soon, I need to do the dishes" every day at the same time is revealing too much about the parents' regular comings and goings.

Consumer Reports has no relationship with any advertisers on Yahoo!
Copyrighted 2009, Consumers Union of U.S., Inc. All Rights Reserved.

Tuesday, April 27, 2010

SUAMI AKU TAK ROMANTIK LANGSUNG...

Itulah kata teman baikku...'bertahun-tahun kahwin kata-kata sayang or l love you! tak pernah keluar pun dari mulutnya... apa lagilah nak ingat birthday aku or anniversary..jauh sekalilah!...'
'Dia betul-betul workaholic..atas katil pun bawak laptop sambil berbual dengan aku, tapi semuanya mengenai hal kerja dia...'
Oklah tu S...sekurang-kurangnya kau tahu apa yang dia buat, dengan siapa dan projek apa...! kataku..
Tak semua apa yang kita hendak dalam hidup ini kita dapat S..., carilah kebaikan dan kelebihan yang ada dalam dirinya untuk kau imbangkan dengan semua keburukan dan kekurangannya yang terlihat di mata kau.
Jangan bandingkan apa yang orang lain dapat dengan apa yang kau dapat, kerana apa yang mereka dapat tidak sama dengan nikmat lain yang kau perolehi S...
Bersyukurlah kerana Allah memberi kau nikmat hidup yang lain...dia suami yang baik dan setia! kerana tak pernah sekali pun dia menduakan kau (ini kau sendiri yang cakap bukan kenyataan aku ya! S...), hidup kau dilimpahi dengan wang ringgit dan kemewahan...
Mungkin sudah tiba masanya kau harus mendidik diri sendiri supaya lebih romantik!...apa kata lepas ni kau pergi ajak suami tu pergi honeymoon kali kedua dan jangan lupa bawa a very sexist lingerie...hehehe...Itu pun aku nak kena ajar...!