Baru-baru ni seorang kenalan datang ke rumah meminta pertolongan mengenai masalah anak angkatnya yang masih tidak mendapat status warga negara. Anak angkatnya itu lahir di sini tapi ibubapanya berasal dari seberang.
Aku hanya memohon maaf tak dapat menolongnya kerana kenalan yang dulu bekerja di jabatan berkenaan sudah lost contact dan aku pula sudah lama bersara dari arena politik.
Aku hanya memberi beberapa panduan yang aku rasa perlu dan berguna termasuk menyuruh dia berjumpa dengan abang iparnya yang juga teman aku yang masih lagi aktif berpolitik dan mungkin boleh berbuat sesuatu.
‘Kami ni nampak aje ok..tapi masih ada sengketa yang belum reda dan kami pun tak nak dia tahu masalah kami ni..biarlah kami selesai sendiri’ katanya, dan selepas itu keluarlah cerita yang kurang enak mengenai ibu mertuanya yang sebenarnya aku sudah sedia maklum daripada kakaknya sendiri.
T… aku tengok ada dua orang menantunya yang sekarang tinggal bersama, tapi aku tak
pernah pun mendengar cerita-cerita yang macam kau cakap ni… dia terdiam…
T… ibu mertua, ibu kita juga.. malah kita kena melebihkannya dan menyayanginya lebih dari ibu sendiri..jangan bersengketa dengan mertua, salah atau benar pun kita beralah saja…itu pesan emak aku dulu masa aku mula-mula kahwin.
Satu lagi pesan emak yang tidak pernah aku lupa…kalau kau kena pilih antara mertua dan emak, pilihlah mertua kau…masa tu aku tak berapa faham maksud emak tapi setelah bertahun melayari kehidupan rumahtangga baru aku faham maksud sebenarnya…
T… walau apa pun sekali sikap dan pemikirannya, kita sebagai anak menantu harus
menghormati… kita ni hanya menumpang berpaut pada dahan kasih sayang suami tapi ibunya adalah pokok tempat dia berpaut, kau bayangkanlah macammana kalau suami terlepas pautan tu!...
T… jangan buat onak yang membuat suami hilang redha ibunya… lihat diri sendiri sudah
sempurnakah kita sebagai anak menantu?
Memang kadang-kadang kita terlupa pandang kekurangan dan kesilapan diri sendiri
kerana begitu asyik mengintai keburukan dan kesilapan orang lain…
2 comments:
salam,
maaf tak baca pos ni tapi sangt tertarik dengan gambar header.
kena dgn jiwa sy. fuh. all those boys, :)
like me of old days.
Asalamualaikum,
betul tu, gambar header sangat menarik tapi saya tak ada kesempatan nak buat macam tu masa kecik dulu, its good experience mybe;
Congt. kak its a nice blog! i will follow u.
Post a Comment