Something Special here...

Related Posts with Thumbnails

Monday, March 1, 2010

Bukan Aku Tak Cinta...

Belum hilang penat dah trip ke Nilai 3 pulak, shoping untuk kenduri kahwin...kali ni dengan ibu mertuaku dan ipar duai!.  Tahun ni agak teruk bulan May anak buah suami bertunang, Jun adik ipar kahwin, Julai anak buahku kahwin dan Okt. anak buah suami pulak kahwin. Itu baru adik dan anak buah kalau anak sendiri...tak tau nak bayangkan macam mana.
Masa tengah sibuk shoping, classmate aku call...sibuk cerita pasal dia nak divorce! alamak...ni yang aku malas ni...!:
NZ: Hello..sape ni
CM:  Zara...ni aku ni A..kau kat mana bz tak?
NZ: Kat Nilai 3 ni..tgh shoping, ape hal ni? mesti ade problem kalau tak.. tak kan call akunye..dah bertahun   tak dengar berita kau...hidup lagi kau ye...!
CM: Sampai hati kau...memang aku tgh problem ni...aku nak divorcelah..
NZ: Kau ni...tiap kali ade problem aje call aku, tapi bila tengah bahagia takde lak nak sibuk cari aku..ni dah confirm ke?
CM: Kali ni jadi..aku dah failkan ke mahkamah.
NZ: A..nanti call aku malam...this is not the right time for storylah..ok!
Sambungan malam pukul 11.00...
NZ: Hello..ini bukan malam lagi dah tengah malam ni..nasib baik abangde aku dah tido kalau tak dia ingat aku bergayut dengan pak we mana pulak!!
CM: Sorylah Zara tadi family wife aku datang tanya apa sebenarnya masalah kami..tu yang lambat aku nak call kau.
NZ: Ok apa cerita kau kali ni...aku nak compare dengan cerita dulu yang aku dah ingat-ingat lupa..aku rasa masa tu 2002 sebelum aku pergi buat umrah...
CM: Aku tahu kau mesti nak marah aku punya..tapi kau mesti dengar story aku dulu...wife aku tu ada affair dengan lelaki lain, aku tangkap dia tengah date kat Shangri La hotel. Aku terus tanya boyfriend dia...kau tahu apa dia cakap.. i love her so much and i want to married her if i can...
NZ: Wife kau cakap apa?
CM: Aku tanya dia.. tapi dia tak jawap sepatah pun, tu maknanya betullah. Ah...aku malaslah nak fikir buat sakit kepala aje, kalau dia dah gila sangat kat jantan tu..biarlah..aku lepaskan dia...aku tak mahu dia buat dosa nanti aku terpalit sama!.
NZ: Ialah kalau dah macam tu..it's up to u lah A..anak-anak kau macam mana?
CM: Ni yang aku nak cerita dengan kau ni..anak aku along cakap dia dah lama tahu mummynya ada affair dengan uncle B..tu tapi dia takut nak cakap dengan aku, takut kami bergaduh dan bercerai berai. Rupanya mereka  selalu keluar bawa anak-anak aku sekali..!
NZ: Macam mana kau dapat tahu sampai kau boleh tangkap dia?
CM: Tulah..Tuhan tu Maha Kaya, nak jadikan cerita adik kepada boyfriend wife aku tu..client aku, dia datang office aku dan nampak wife aku, masa tu wife aku datang sekejap kat office hantar barang tapi yang bagusnya wife aku tak nampak dia...haa..lepas tu keluarlah macam-macam cerita sampailah ke kes aku tangkap dia.
NZ: Adik dia tu lelaki ke perempuan?
CM: Perempuan..nape?
NZ: Takde apa...kau jangan jatuh cinta lak dengan dia! Kahkah....(kami sama-sama ketawa..)
CM: Kau ni...tapi yang tu aku tak boleh janji..sebab adik dia tu cun jugak..kahkah...
NZ: Kan betul...sama aje..tapi kalau dia single apa salahnya! berberaslah kau orang..kata P.Ramlee.
CM: Hai Zara kau tak banyak cakap nape? selalunya berapi-api kata-kata kau!..
NZ: I'm sick and tired of hearing about it!..entahlah tapi kau pun ada silap jugak..kau pernah buat dia macam tu..tu sebabnya..mungkin dia rasa dikhianati..manusia ni ada dua jenis pemikiran, positif dan negatif! orang yang positif  akan jadikan sesuatu perkara yang berlaku ke atasnya sebagai pengajaran dan pedoman agar dia tidak akan buat perkara yang serupa kerana dia pernah merasa betapa sakitnya... yang negatif pulak berfikir kalau kau boleh buat kenapa aku tak boleh? kerana aku juga ada kemampuan dan peluang untuk buat perkara yang serupa tak kiralah apa akibatnya!..kalau ini yang berlaku..maksudnya ada sesuatu yang belum beres diantara kau dengan dia!.
CM: Yalah Zara..ustaz aku pun cakap macam tu..aku mengaku silap aku dulu tapi aku berazam dan berusaha. Aku ingat dia faham dan maafkan aku.. bukan aku tak cinta..tapi dia yang masih berdendam.
NZ: Kau takde berbincang dengan dia langsung ke?
CM: Nak bincang ape..dia langsung tak pandang aku, bertegur-sapa, apa lagi nak bercakap dengan aku...Mak mentua aku tadi menangis mintak aku fikirkan pasal anak-anak tapi aku cakap aku takde masalah..yang bermasalah anak dia..Aku dah cerita habis semua dengan mak mentua dan family wife aku..
NZ: Ialah A..kau memang ada kuasa dan hak tapi gunakanlah sebaik-baiknya dengan fikiran yang waras dan tenang bukan dipengaruhi oleh emosi marah kau tu..di kesilapan kau dulu dia maafkan kau dan memberi kau ruang...fikirkanlah A...kadang-kadang Allah mahu menduga kita..Kenapa Allah selalu berfirman  '.....dan bagi orang-orang yang mahu berfikir'. Lembutkanlah hati dan berfikirlah A....

1 comment:

Gulam Mokhtar said...

Hai NZ tak habis shopping??? Ialah itukan memang kerja org perempuan...suami pulak kerja cari duit utk isteri pergi shopping...Kahkahkah...jgn marah!!!