Something Special here...

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, April 27, 2010

SUAMI AKU TAK ROMANTIK LANGSUNG...

Itulah kata teman baikku...'bertahun-tahun kahwin kata-kata sayang or l love you! tak pernah keluar pun dari mulutnya... apa lagilah nak ingat birthday aku or anniversary..jauh sekalilah!...'
'Dia betul-betul workaholic..atas katil pun bawak laptop sambil berbual dengan aku, tapi semuanya mengenai hal kerja dia...'
Oklah tu S...sekurang-kurangnya kau tahu apa yang dia buat, dengan siapa dan projek apa...! kataku..
Tak semua apa yang kita hendak dalam hidup ini kita dapat S..., carilah kebaikan dan kelebihan yang ada dalam dirinya untuk kau imbangkan dengan semua keburukan dan kekurangannya yang terlihat di mata kau.
Jangan bandingkan apa yang orang lain dapat dengan apa yang kau dapat, kerana apa yang mereka dapat tidak sama dengan nikmat lain yang kau perolehi S...
Bersyukurlah kerana Allah memberi kau nikmat hidup yang lain...dia suami yang baik dan setia! kerana tak pernah sekali pun dia menduakan kau (ini kau sendiri yang cakap bukan kenyataan aku ya! S...), hidup kau dilimpahi dengan wang ringgit dan kemewahan...
Mungkin sudah tiba masanya kau harus mendidik diri sendiri supaya lebih romantik!...apa kata lepas ni kau pergi ajak suami tu pergi honeymoon kali kedua dan jangan lupa bawa a very sexist lingerie...hehehe...Itu pun aku nak kena ajar...!

8 comments:

Afrizal said...

Lama ya tak update blog! jangan malas-malas lagi ok! keep on writing dear, i'll always follow you.

sandal kecik said...

hi..romantik..ke tak ek laki ku..entah la..hehe cuma dia pemalu je

ku ada dua blog tau..satu sandalkecikjunior...satu yg aktif lagi http://sandal-kecik.blogspot.com

nnt ku add blog u dlm blog ku yg satu

Gulam Mokhtar said...

Hai..rindunya dengan tulisan u NZ!
ok boleh kenalkan dengan kawan u tu?..i ajar dia lagi hehe..

Ayin Bambam said...

Bersyukur ada suami.. tak semua org rasa hidup ada keluarga. Nak sempurna pun, kita sendiri belum tentu sempurna. Bersyukur, berterima kasih..

Makcik Ezza said...

akak ni dah 28 tahun kawin..tiada perkataan i love you ke apa ke..romantik pulak..emm very hard to explain laa but i can feel it...hahaha

Tak payah lah nak susun kata kata, sebab cara dia pandang dan pegang kita pun dah tau...dia sayang kat kita....

Tak gitu man oiiii

Nora Zaharah said...

Betul tu...cinta & sayang tak perlu diucap, cukup dgn perbuatan saja kita sudah tahu...
Berapa ramai yg mengambil ini sebagai alasan tapi ini boleh diterima kalau dgn perbuatan...
Kadang2 menyemarakkan cinta & sayang yg kian layu dek penghujung cinta dan usia memerlukan pengucapan dan perbuatan...kerana itu akan lebih mengukuhkan lagi...
Bersyukurlah kita kerana ada suami yang sentiasa romantik dan bertanggungjawab terhadap cintanya...
Tetapi berapa ramai lagi wanita yg ada suami tetapi suami tidak bertanggungjawab terhadap cintanya...

Shazlin Sha said...

Hai...bagus punye cerita!
Sapelah teman baik kau tu yek!!
Hai GM how are u...

tunbegia said...

thanx singgah ke blog haku yang xde apa2,

salamm,