Pada awal aku kenal keluarga ni, aku tak tahu yang Pak Long ni ada dua orang isteri. Aku selalu kehairanan kenapa Pak Long selalu tiada di rumahnya dan bila aku tanya Mak Long dia kata Pak Long balik kampung dan aku ni pulak lurus bendul...tanya lagi kenapa Mak Long selalu tak ikut Pak Long balik kampung? Jawab Mak Long dia tak nak kacau Pak Long yang nak tenang-tenangkan hati.
Mak Long tahu aku tak puas hati dengan jawapan dia, sebab aku tengok dia senyum aje...tapi aku cepat tangkap..haa... mesti Pak Long ada isteri lain kat sana... tu sebab Mak Long cakap Pak Long nak tenang-tenangkan hati...macamlah kat sini tak boleh nak tenang!...
Satu peristiwa yang membuat aku tak pernah lupa pada Pak Long ialah kisah dia merajuk dengan Mak Long kat sini, apalagi teruslah balik ke isteri yang satu lagi di utara...macam lagu P.Ramlee madu tiga tu...Lama jugaklah orang tua ni merajuk agak berbulan jugak aku tak nampak dia...
Kisah Pak Long merajuk ni jadi gurauan antara aku dengan Mak Long..hai! Mak Long tak habis lagi ke merajuk Pak Long tu..? Napelah Mak Long tak pegi pujuk Pak Long..tentu Pak Long tengah tunggu Mak Long datang pujuk dia..! itulah selalu usikkan aku pada Mak Long. Tapi Mak Long selalu buat dek aje...dia akan cakap 'biaq pi lah dia, dah tua bangkaq nak mengajuk..'
Sehinggalah suatu hari ada hal kematian saudaranya di sini, jadi Mak Long pun menghubungilah Pak Long di rumah isterinya di utara, tapi yang memeranjatkan Pak Long tiada di sana kata isteri tuanya Pak Long sudah lama balik ke Kuala Lumpur. Rupa-rupanya dia merajuk juga dengan isterinya yang tua oleh satu perkara yang kami semua pun tak tahu apa bendanya...dia berada di sana hanya beberapa minggu saja, lepas itu terus pergi...sangka isteri tuanya dia balik ke KL.
Haa barulah haru jadinya..isteri tua ingat dia ada rumah isteri muda, yang isteri muda ingat dia ada di rumah isteri tua..jadi masing-masing buat tak tahu aje..Bak kata Mak Long kat sini...dulu muda lainlah...dah tua-tua ni..kau balik ke! tak balik ke! lantak pi lah...(haa..ingat-ingat tu orang lelaki...hehehe..)
Panik jugaklah anak-anak Mak Long mencari ayahnya yang hilang..tapi aku tengok Mak Long relex aje..cari punya cari rupanya Pak Long membawa hati yang lara ke rumah adiknya...
Menurut kata Mak Long sedih sangatlah Pak Long kerana sudah berapa lama dia di rumah adiknya tak ada siapa pun yang datang mencari dan memujuknya balik...hehehe...mentang-mentanglah aku dah tua katanya...
3 comments:
kat rumah adik dia rupa nya dia membawa diri....akak mati mati ingat dia dah bukak cawangan baru...hahahah
Ialah NZ i ingat mesti Pak Long ni buka cawangan yang ke 3, tapi dah larat kot...kalau tidak wajib jugak tu hehe... Orang Lelaki!
Kalau dia masih muda mau jugak satu lagi cawangan...bak kata P.Ramlee dua-dua merajuk..ana kawin tiga..kahkah..
Post a Comment