Something Special here...

Related Posts with Thumbnails

Monday, March 8, 2010

BUKAN AKU TAK CINTA Part 2

Cerita classmate aku A..yang nak devorce tu tak habis lagi…dia call lagi dengan macam-macam cerita dan persoalan buat aku pening kepala melayannya.

CM: Zara aku nak tanya kau kenapa ada insan yang sudah berpunya (berkahwin @ bercinta) masih boleh jatuh cinta lagi dengan insan lain?.

NZ:
Haa..kau buat lawak apa ni A... yang berenang di lautan api, makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena dulu tu..siapalah agaknya ye?!. Kau Tanya aku persoalan yang kau sendiri pernah rasa dan lalui?! Come on lah A..You know it better than me..i never in that situation.

CM:
Aku dulu lain..aku ni insan yang tak cukup kasih sayang!..jadi bila ada orang yang sudi memberi kasih dan cinta!.. aku apa lagi…macam orang mengantuk disorongkan bantal kahkah…

NZ: Amboi!...orang lain tu tak tahu mengantuk? Kau seorang ajelah yang pandai mengantuk, jadi jangan heranlah kalau wife kau tu jatuh cinta dengan orang lain sebab dia pun tak cukup kasih sayang…dah kau agih-agihkan cinta kau pada orang lain!, dah kuranglah dia dapat”…KahKahKah…(kami sama-sama ketawa).

CM:
Kau ni memang patut jadi lawyerlah Zara..sebab kau memang pandai patahkan cakap orang…Aku bukan apa dulu tu..masih tak matured, masih nak fikir seronok lagi tapi sekarang ni takdelah lagi macam tu..apa-apa aku nak buat, aku selalu fikir isteri dan anak-anak tapi yang dia.. terbaliklah pulak!.

NZ: A.. kau bincanglah secara serius dengan dia dari hati ke hati…romantiklah sikit! Bawaklah dia pergi candle light dinner ke..tak kan ini pun aku nak ajar! Dulu nak tackle girlfriend pandai pulak…

CM: Aku dah bincang dengan dia sebenarnya…dia pun dah minta maaf…tapi yang aku tak boleh terima bila dia cakap ‘I fall in love with him and please give me a time’ laa habis aku ni apa…?!

NZ: A.. kan dia dah cakap beri dia masa! Oklah tu..berilah dia masa, ruang dan situasi yang tenang untuk dia berfikir dan memujuk hati dia…kau pernah rasa dulu ok..bezanya kau tu hipokrit! Kau tak nak cakap ‘I fall in love with her and please give me a time’ tapi dia berterus terang dan jujur!.

CM: Aduh...kena lagi aku!...inilah masalahnya kalau bercakap dengan orang perempuan, walaupun kita ni kawan baik, dia tetap backing kaum dia jugak…

NZ: A..aku cakap apa yang betul…kalau kaum aku tu salah aku tak akan backing. Kalau kau nak hanya kata-kata pujian lain kali kalau ada problem sila..jangan call aku ye..!

CM: Aku gurau aje…janganlah marah! Tapikan Zara! kawan akulah cakap aku dayus kalau tak ceraikan dia, sebab dah terang-terang dia mengaku dan menduakan suami kenapa aku masih nak terima dia!. Kalau ikut hukum agama, cinta dan kesetiaan seorang isteri hanyalah untuk suaminya saja tau!.

NZ: Terpulanglah…aku hanya beri pandangan ikhlas sebagai sahabat, selebihnya kau kena fikir dan bertindak sendiri. A…kita ada Dia tempat mengadu dan memohon petunjuk...kau tahu buat Solat Istikharahkan? kau buatlah…Aku ni..bukan orang yang arif soal agama..tapi bagi akulah itulah indahnya Islam kerana di setiap aspek kehidupan ada hukum dan peraturan supaya kita tidak tersasar dari landasanNya. Tapi kau kena ingat cinta itu sebuah perasaan indah anugerah Allah juga…ia boleh hadir tanpa ada batasan, tak kira siapa dan apa pun status kita!. A..kau pernah merasa..
So jangan salahkan apa jua perasaan yang ‘indah- indah’ hadir kerana ianya adalah tuntutan naluri dan fitrah manusia yang sukakan keindahan dan keseronokan. Apa yang lebih penting cara kita menangani dan menghadapinya serta menyalurkannya ke arah landasan yang betul bersandarkan kepada tuntutan agama. Bimbinglah dia A.. dia dalam kegelapan dan tersasar! Pandu dan tunjukkanlah dia jalan ‘Pulang’ kerana itu lebih mulia dari kau menjatuhkan hukuman yang belum tentunya adil, siapalah kita ni A…!!. Hanya Allah Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui Segalanya.

8 comments:

Gulam Mokhtar said...

Beruntungnya dapat kawan baik macam u ni NZ! Itu sebab Zul cakap seronok kawan dengan u, kata-kata u bersahaja tapi penuh makna dan pedoman. Syabas NZ teruskan...

Nora Zaharah said...

Thanks GM u pun kwn yg baik jugak, kwn yg baik sentiasa ingat mengingati kpd kebaikan dan sentiasa bersedia di tegur dan menegur.

Anonymous said...

Puan, maaf ye saya nak cakap ni, kalau macam tulah pendapat puan dalam enteri ni, akan menggalakkan ramai para isteri dan mungkin juga termasuk puan boleh buat apa saja dosa, lepas tu minta maaf sebab ini hanyalah perasaan yang indah-indah anugerah Allah dan tuntutan naluri manusia.
Suami pula kena maafkan dan beri peluang sebab suami hanya manusia biasa yang belum tentu adil untuk jatuhkan hukuman. HEBATNYA WANITA INI!!! BOLEH BUAT APA SAJA YANG DIA SUKA!!!

Nora Zaharah said...

Sebelum saya berbicara saya mohon maaf sekiranya ini akan menyinggung perasaan anda. Anonymous saya kira anda mungkin tersilap tafsir dan pengertian tentang maksud pandangan dan pendapat ikhlas saya untuk seorang sahabat, yg sudah tentu mahu melihat kebahagian rumahtangga yg berkekalan utk sahabatnya, dlm mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sudah pastinya ada ranjau dan dugaan yg akan ditempuhi. Sebahagiannya adalah 'perasaan yg indah-indah' itu (sebahagian drp hawa dan nafsu).
Menguruskannya (hawa nafsu) lebih penting drp perasaan yg datang itu. Mengapa harus dikorbankan sebuah rumahtangga hanya kerana sebuah perasaan yg bertunjangkan hawa nafsu yg mana kita boleh mengurus dan memperbaikinya.
Manusia mana yg tidak melakukan dosa dan kesilapan, jika sudah ada kesedaran mengapa tidak harus diberi ruang dan kemaafan..!
Maksumkah anda yg berselindung di sebalik perkataan anonymous drp dosa dan kesilapan hingga org lain yg hidup disekeliling anda tidak boleh melakukan apa jua kesilapan dan dosa??!!... HEBATNYA ANDA INI!!! BOLEH BUAT APA SAJA YANG ANDA SUKA KERANA ANDA MANUSIA YG MAKSUM...!!!

Kak Ezza@makcik Blogger said...

cantik gambar kat atas tu...mana ko ambik ni...very klasik laa

Tang anon tu..tak yah ler ko nak mintak2 maaf kat dia di awal bicara...dia ni tak faham apa yang ko cuba nak terangkan rasa nya...

Akak tak nampak apa apa pun kehebatan dia bagi komen..cuma tulisan orang yang tak tahu erti kehidupan , persahabatan dan kasih sayang...lagi pun ..dia ni pun menyorok di sebalik batu.....

Nora Zaharah said...

Hehe..gambar tu saya amik kat satu web site! tp lupalah..dah byk sgt collection ni..

Takpelah kak! kita tak jatuh martabat dan maruah pun dgn mohon maaf, tapi manusia akan jatuh martabat, maruah dan personaliti kalau sentiasa mencari keaiban dan kesilapan orang lain tanpa mahu melihat kekurangan dan kepincangan diri sendiri..

Unknown said...

Betul ckp akak tu nora!.. tak payah layanlah org mcm ni..aku rasa mesti dia ni lelaki yg ada masalah dgn kaum wanita yg bergelar isteri...hehehe..marahlah tu kau tak sokong dia...
Tpkan aku nak tanya sikitlah!! masihkah harus diberikan ruang dan kemaafan atas kesilapan yg entah keberapa kali?? hanya kerana mahu menyelamatkan sebuah perkahwinan..
Jawab jgn tak jawab..aku pun dah pandai tulis bhs bunga2 mcm kau gak..hehe

Gulam Mokhtar said...

NZ, u tak perlu layan org yg mcm tu..biarlah dia. Sbg lelaki i pun boleh accept u punya pandangan, i lebih melihat org ni tak faham bahasa atau shj nak bikin gempak..