Kami lebih banyak makan daripada shopping. Aku yang dah berapa lama tak menyentuh nasi kononnya berdiet akhirnya kalah dek penangan masakan Padang dan Sunda. Dari hari pertama di tanah Indon hinggalah hari akhir pulang ke Malaysia aku mengambil nasi dua kali sehari, itu belum lagi dengan bakso, cendolnya ada taruk tapai ubi, kacang merah dan ais krim. Ada satu kuih tu sedap betul lupa pulak namanya..macam serabai kat sini tapi dicampur dengan chesse, strawberry, pisang, coklat dan macam lagilah..Alamak lupa lak nak ambil gambar!!!...
Bab supper pulak dengan kerepek, jajan-jajan indon, roti, kek, makanan asasi untuk orang-orang yang desperate iaitu maggi dan buah-buahan tempatan?!... rambutan dan langsat yang aku jumpa kat pasar malam depan hotel aku menginap. Kahkahkah...ini buah pun ada kat M'sia.
Kami di Bandung satu malam aje..tapi nasib baiklah kalau tak aku rasa ada jugak yang kena sewa satu lagi mpv khas untuk barang-barang aje. Apatah lagi hotel kami di tengah bandar dan di kelilingi oleh berbagai factory outlet, mereng juga dibuatnya! lupalah sekejap abangde dan adikde yang ditinggalkan.
Kalau di banding harga dengan sini memang murah amatlah.. tapi kalau nak soping kain lace jangan kat Bandung harganya lebih mahal berbanding di Tanah Abang Jakarta. Aku pulak telah terjerebak membeli kain lace di Bandung nasib baiklah tak banyak sangat..nyesal!!!.
Mengikut trip dengan tokeh andaman dan tokeh SPA buat aku terjerebak membeli barang-barang make up dan body skin care yang tak sepatutnya aku beli....aduh mak murahnya!!! takpelah lepas ni aku nak bawa barang-barang ni masuk kat Malaysia. Biar padan muka...!!! muka sape ye?...kahkahkah...
4 comments:
NZ padanlah lama tak up date blog rupanya pergi holiday. Ingatkan u tgh cari idea nak cont. Cerita vd for 2nd part.
GM, sebenarnya NZ takut nak cont. cerita tu...
GM: ala jln2 cari mkn aje...klu hdy kena pegi dgn family hehehe...cerita VD 2nd part kena tunggu next yearlah kan..tunggu...
Shaz: amboi2 mak cik ni.. tak cukup mengata i kat fb sambung lak kat sini ye..
Nama kuih ada cheese yg menggomokkan tu ialah Surabi. Tp kalau nak panggil suraya pun bole juge. Gamba surabi ada kat fb ayin.
Post a Comment