Life is not easy! Itulah yang saya katakan pada seorang teman yang datang mengadu hal masalah rumahtangganya. Kalau kehidupan ini semudah mengira nombor 1 hingga 78, kenapa sampai no. 78 aje? Kerana itulah purata jangka hayat wanita di Malaysia kalau tak silap saya, maka Tuhan tidak akan menjadikan syurga hanya neraka! Tiada pahala hanya dosa kerana kita memerlukan dosa untuk ke neraka, semua manusia menjalani kehidupan yang cukup mudah, tiada ujian, tiada rintangan, tiada peraturan dan undang – undang kerana semua ini menyusahkan, apa lagi masalah dan kesakitan, semuanya cantik, indah dan mudah belaka, manusia bebas melakukan apa sahaja termasuk kemungkaran dan kemusnahan kerana lebih mudah melakukan kemungkaran daripada kebaikan, lebih mudah memusnahkan daripada membina, inikan dinamakan syurga! Kalau sudah dapat syurga di dunia mana perlu syurga di akhirat. Hanya neraka yang akan menanti kita di sana…..Kata saya pada teman itu ‘kau kena lalui kehidupan ini dengan pelbagai rasa suka, duka, tangis, ketawa, bahagia dan derita ….
Masakan yang sedap dan lazat pun datangnya daripada berbagai bahan dan campuran serta rasa, ada masin, masam, manis, pedas, lemak, pahit maung dan macam- macam lagi. Apabila semua rasa ini di gabungkan oleh tangan yang pakar, menjadi suatu rasa yang sangat sedap dan enak untuk dinikmati.
Begitulah kehidupan, laluilah semua rasa-rasa gembira, suka, tangis dan duka itu kerana nikmatnya akan kita dapat apabila kita berjaya melaluinya. Hanya padaNya kita harus mengadu dan berserah selain usaha secara fizikal yang telah kita buat’.
Pengalaman hidup berumahtangga hampir 20 tahun serta pengalaman menghadapi karenah serta perangai insan-insan sekeliling yang rapat dalam hidup saya, saya ceritakan padanya, apa yang saya rasa dan alami menjadikan saya insan yang lebih matang dan tenang menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang datang serta menghargai setiap detik kehidupan bersama insan-insan tersayang.
No comments:
Post a Comment