Something Special here...

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 30, 2009

Kau yang bernama Seri....

Menerima panggilan telephone daripada seorang teman lama yang telah lebih 20 tahun tak jumpa. Rupanya dia dah lama memerhati aku dari jauh tapi takut nak tegur takut salah orang katanya "takkanlah muda sangat Nora ni ye ke"!...kah kah...bahagianya aku!. 'Mana U dapat no. phone I ni'? "haa... itu rahsia tak boleh beri tahu"! katanya. Bila dia call dan suruh aku teka siapa dia, puaslah aku nak mengingatkannya dan bila dia sebut satu peristiwa yang tak boleh di lupakan...lantas aku terjerit! oh 'kau yang bernama Seri'. Seri pernah rapat dengan aku suatu masa dulu dan banyaklah perkara yang kami kongsi bersama dari hubungannya dengan seorang menteri (tapi sekarang dah jadi mantan)yang tak kesampaian hinggalah perselisihan faham dengan kedua ibubapanya. Semua itu telah menjadi lipatan sejarah dan dia sekarang bahagia bersama suami dan 4 orang anaknya.
"Aku kahwin dengan orang biasa aje..bukan VIP" katanya. 'Oklah tu Seri kau pun dah kahwin maknanya dah ada title Puan tambah dengan nama Seri dah jadi Puan Sri, VIP lah tu betul tak'!...kami sama-sama ketawa. Kata aku kita semua VIP kenapa kita nak kategorikan manusia mana yang lebih penting mana yang tidak, kerana itu bukan urusan kita tapi urusanNya. Kita semua sama di sisi Allah yang membezakan kita hanya keimanan dan ketakwaan kita padaNya.
"U kahwin dengan Dato mana? I rasa muka husband U tu familiar sangat! my hubby cakap macam muka orang politik, entah-entah YB kot, ADUN mana ye?"...tanyanya, 'haahaa yelah tu! ADUN kawasan Bilik!'...kataku, "Bilik? kat mana tu?" 'bilik tidur I lah kahkah...My hubby Businessman!'.
Perbualan kami di akhiri dengan janji nak lepak sama-sama kat Curve tempat aku selalu lepak dengan kawan-kawan, rupanya dia pun selalu lepak kat sana tapi tak pernah pulak terserempak.

My Adikde Yang No. 3 & 4


Yang no.3 Muhammad Fikri baru dapat result UPSR 4A 1B, dia ni mat salleh celup kata kakak-kakak dan sepupunya mana taknya BM lak dapat B.
Yang no. 4 Nur Fatihah darjah 2, dia ni kuat melawa sekejap nak jadi ustazah, sekejap nak jadi model. 'Awak boleh jadi dua-dua ustazah yang seperti model dan model yang seperti ustazah'.

My Adikde No. 2


Nur Fitrah Arbaiyah yang paling manja di antara adik-adikde yang manja-manja belaka, tengah tunggu result SPM. Kalau tiba-tiba dia datang dan cakap "bu i didn't do it" maknanya ada barang dalam rumah yang rosak atau pecah.

Tuesday, December 29, 2009

My Adikde... Sulong & Bongsu


Nur Fatin Shamimi ambil Mass com. di LimKokWing(LUCT), kalau ketawa satu bangunan hostel LKW tu bergegar, tapi yang bagus dia boleh berkawan baik dengan semua bangsa cina, india, arab, afrika, mat salleh jadi sesuailah dia belajar kat situ.
Muhammad Farid yang bongsu kesayangan kami semua. Lori, trektar, kereta & kapal korek dan semua jenis kenderaan berat menjadi hobinya dan rumah kami dipenuhi dengan berbagai koleksi.

Me and My Abangde


Bertemu di ITM(UITM) Shah Alam, bercinta, bertunang lepas tu kahwinlah... apa lagi. Di hari jadi aku(ini abangde tak pernah lupa) atau anniversary(selalu dia lupa aku yang kena ingatkan) selalunya dia akan ke kedai kek bersama adik-adikde, yang akan di beli kek pilihan sibongsu, belon, mask, topi badut dan macam-macam lagi yang semuanya pilihan sibongsu, sudahnya hari jadi aku jadi parti harijadi kanak-kanak raibena! kahkah...nasiblah.
Anak-anak saudaraku kata abangde suami mithali sebab dia suka duduk rumah kalau takde apa-apa urusan. Aku pulak tak duduk diam di rumah ada saja benda yang nak di beli, window shopping atau lepak dengan anak-anak atau dengan kawan-kawan kat cafe, atau kopitiam hinggakan seorang teman cakap "eh nora bila kau pindah rumah? tak beritau aku pun, rumah kau kat Curve tingkat berapa?". Sebabnya teman ni tiap kali call tanya aku kat mana...

Thursday, December 17, 2009

Life is not easy!

Life is not easy! Itulah yang saya katakan pada seorang teman yang datang mengadu hal masalah rumahtangganya. Kalau kehidupan ini semudah mengira nombor 1 hingga 78, kenapa sampai no. 78 aje? Kerana itulah purata jangka hayat wanita di Malaysia kalau tak silap saya, maka Tuhan tidak akan menjadikan syurga hanya neraka! Tiada pahala hanya dosa kerana kita memerlukan dosa untuk ke neraka, semua manusia menjalani kehidupan yang cukup mudah, tiada ujian, tiada rintangan, tiada peraturan dan undang – undang kerana semua ini menyusahkan, apa lagi masalah dan kesakitan, semuanya cantik, indah dan mudah belaka, manusia bebas melakukan apa sahaja termasuk kemungkaran dan kemusnahan kerana lebih mudah melakukan kemungkaran daripada kebaikan, lebih mudah memusnahkan daripada membina, inikan dinamakan syurga! Kalau sudah dapat syurga di dunia mana perlu syurga di akhirat. Hanya neraka yang akan menanti kita di sana…..Kata saya pada teman itu ‘kau kena lalui kehidupan ini dengan pelbagai rasa suka, duka, tangis, ketawa, bahagia dan derita ….
Masakan yang sedap dan lazat pun datangnya daripada berbagai bahan dan campuran serta rasa, ada masin, masam, manis, pedas, lemak, pahit maung dan macam- macam lagi. Apabila semua rasa ini di gabungkan oleh tangan yang pakar, menjadi suatu rasa yang sangat sedap dan enak untuk dinikmati.
Begitulah kehidupan, laluilah semua rasa-rasa gembira, suka, tangis dan duka itu kerana nikmatnya akan kita dapat apabila kita berjaya melaluinya. Hanya padaNya kita harus mengadu dan berserah selain usaha secara fizikal yang telah kita buat’.
Pengalaman hidup berumahtangga hampir 20 tahun serta pengalaman menghadapi karenah serta perangai insan-insan sekeliling yang rapat dalam hidup saya, saya ceritakan padanya, apa yang saya rasa dan alami menjadikan saya insan yang lebih matang dan tenang menghadapi setiap dugaan dan cabaran yang datang serta menghargai setiap detik kehidupan bersama insan-insan tersayang.