Something Special here...

Related Posts with Thumbnails

Monday, March 15, 2010

Suami Hilang Redha Ibunya...

Baru-baru ni seorang kenalan datang ke rumah meminta pertolongan mengenai masalah anak angkatnya yang masih tidak mendapat status warga negara. Anak angkatnya itu lahir di sini tapi ibubapanya berasal dari seberang.
Aku hanya memohon maaf tak dapat menolongnya kerana kenalan yang dulu bekerja di jabatan berkenaan sudah lost contact dan aku pula sudah lama bersara dari arena politik.
Aku hanya memberi beberapa panduan yang aku rasa perlu dan berguna termasuk menyuruh dia berjumpa dengan abang iparnya yang juga teman aku yang masih lagi aktif berpolitik dan mungkin boleh berbuat sesuatu.
‘Kami ni nampak aje ok..tapi masih ada sengketa yang belum reda dan kami pun tak nak dia tahu masalah kami ni..biarlah kami selesai sendiri’ katanya, dan selepas itu keluarlah cerita yang kurang enak mengenai ibu mertuanya yang sebenarnya aku sudah sedia maklum daripada kakaknya sendiri.
T… aku tengok ada dua orang menantunya yang sekarang tinggal bersama, tapi aku tak
pernah pun mendengar cerita-cerita yang macam kau cakap ni… dia terdiam…
T… ibu mertua, ibu kita juga.. malah kita kena melebihkannya dan menyayanginya lebih dari ibu sendiri..jangan bersengketa dengan mertua, salah atau benar pun kita beralah saja…itu pesan emak aku dulu masa aku mula-mula kahwin.
Satu lagi pesan emak yang tidak pernah aku lupa…kalau kau kena pilih antara mertua dan emak, pilihlah mertua kau…masa tu aku tak berapa faham maksud emak tapi setelah bertahun melayari kehidupan rumahtangga baru aku faham maksud sebenarnya…
T… walau apa pun sekali sikap dan pemikirannya, kita sebagai anak menantu harus
menghormati… kita ni hanya menumpang berpaut pada dahan kasih sayang suami tapi ibunya adalah pokok tempat dia berpaut, kau bayangkanlah macammana kalau suami terlepas pautan tu!...
T… jangan buat onak yang membuat suami hilang redha ibunya… lihat diri sendiri sudah
sempurnakah kita sebagai anak menantu?
Memang kadang-kadang kita terlupa pandang kekurangan dan kesilapan diri sendiri
kerana begitu asyik mengintai keburukan dan kesilapan orang lain…

Thursday, March 11, 2010

Kerana aku tak pernah meninggalkannya…

Cerita ini diemailkan kepadaku oleh seorang pengunjung setia, yang minta aku masukkannya didalam blog ini. RIAN ADRINA nama ini aku kreditkan disini kerana beliau yang menulis cerita ini. Menurutnya dia berasal dari Jakarta tapi sekarang menetap dan bekerja di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.
Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya.
Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.
Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.
Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.
Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.
Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.
Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu.
Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.
Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.
Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”
Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”
Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya.

P/S:  Terima Kasih Rian kerana sering melewati blog ini. Pasti selepas ini anda akan punya blog sendiri...Selamat Berblog!.
Rian meminta aku mengedit cerita ini, menambah atau apa saja yang perlu. Terharunya aku dengan cerita ini menyebabkan aku tidak sanggup mengusik walau sepatah perkataan pun, hanya tajuk saja yang aku berikan yang lainnya...biarlah begitu... 

Monday, March 8, 2010

BUKAN AKU TAK CINTA Part 2

Cerita classmate aku A..yang nak devorce tu tak habis lagi…dia call lagi dengan macam-macam cerita dan persoalan buat aku pening kepala melayannya.

CM: Zara aku nak tanya kau kenapa ada insan yang sudah berpunya (berkahwin @ bercinta) masih boleh jatuh cinta lagi dengan insan lain?.

NZ:
Haa..kau buat lawak apa ni A... yang berenang di lautan api, makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena dulu tu..siapalah agaknya ye?!. Kau Tanya aku persoalan yang kau sendiri pernah rasa dan lalui?! Come on lah A..You know it better than me..i never in that situation.

CM:
Aku dulu lain..aku ni insan yang tak cukup kasih sayang!..jadi bila ada orang yang sudi memberi kasih dan cinta!.. aku apa lagi…macam orang mengantuk disorongkan bantal kahkah…

NZ: Amboi!...orang lain tu tak tahu mengantuk? Kau seorang ajelah yang pandai mengantuk, jadi jangan heranlah kalau wife kau tu jatuh cinta dengan orang lain sebab dia pun tak cukup kasih sayang…dah kau agih-agihkan cinta kau pada orang lain!, dah kuranglah dia dapat”…KahKahKah…(kami sama-sama ketawa).

CM:
Kau ni memang patut jadi lawyerlah Zara..sebab kau memang pandai patahkan cakap orang…Aku bukan apa dulu tu..masih tak matured, masih nak fikir seronok lagi tapi sekarang ni takdelah lagi macam tu..apa-apa aku nak buat, aku selalu fikir isteri dan anak-anak tapi yang dia.. terbaliklah pulak!.

NZ: A.. kau bincanglah secara serius dengan dia dari hati ke hati…romantiklah sikit! Bawaklah dia pergi candle light dinner ke..tak kan ini pun aku nak ajar! Dulu nak tackle girlfriend pandai pulak…

CM: Aku dah bincang dengan dia sebenarnya…dia pun dah minta maaf…tapi yang aku tak boleh terima bila dia cakap ‘I fall in love with him and please give me a time’ laa habis aku ni apa…?!

NZ: A.. kan dia dah cakap beri dia masa! Oklah tu..berilah dia masa, ruang dan situasi yang tenang untuk dia berfikir dan memujuk hati dia…kau pernah rasa dulu ok..bezanya kau tu hipokrit! Kau tak nak cakap ‘I fall in love with her and please give me a time’ tapi dia berterus terang dan jujur!.

CM: Aduh...kena lagi aku!...inilah masalahnya kalau bercakap dengan orang perempuan, walaupun kita ni kawan baik, dia tetap backing kaum dia jugak…

NZ: A..aku cakap apa yang betul…kalau kaum aku tu salah aku tak akan backing. Kalau kau nak hanya kata-kata pujian lain kali kalau ada problem sila..jangan call aku ye..!

CM: Aku gurau aje…janganlah marah! Tapikan Zara! kawan akulah cakap aku dayus kalau tak ceraikan dia, sebab dah terang-terang dia mengaku dan menduakan suami kenapa aku masih nak terima dia!. Kalau ikut hukum agama, cinta dan kesetiaan seorang isteri hanyalah untuk suaminya saja tau!.

NZ: Terpulanglah…aku hanya beri pandangan ikhlas sebagai sahabat, selebihnya kau kena fikir dan bertindak sendiri. A…kita ada Dia tempat mengadu dan memohon petunjuk...kau tahu buat Solat Istikharahkan? kau buatlah…Aku ni..bukan orang yang arif soal agama..tapi bagi akulah itulah indahnya Islam kerana di setiap aspek kehidupan ada hukum dan peraturan supaya kita tidak tersasar dari landasanNya. Tapi kau kena ingat cinta itu sebuah perasaan indah anugerah Allah juga…ia boleh hadir tanpa ada batasan, tak kira siapa dan apa pun status kita!. A..kau pernah merasa..
So jangan salahkan apa jua perasaan yang ‘indah- indah’ hadir kerana ianya adalah tuntutan naluri dan fitrah manusia yang sukakan keindahan dan keseronokan. Apa yang lebih penting cara kita menangani dan menghadapinya serta menyalurkannya ke arah landasan yang betul bersandarkan kepada tuntutan agama. Bimbinglah dia A.. dia dalam kegelapan dan tersasar! Pandu dan tunjukkanlah dia jalan ‘Pulang’ kerana itu lebih mulia dari kau menjatuhkan hukuman yang belum tentunya adil, siapalah kita ni A…!!. Hanya Allah Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui Segalanya.

Wednesday, March 3, 2010

Kisah Pak Long

Dia tinggal berdekatan dengan rumah aku, hanya selang beberapa buah rumah. Umurnya lebih kurang 80 tahun, beliau ada dua orang isteri, yang tua di utara dan yang kedua tinggal di sini. Hubungan aku dengan isterinya yang kedua yang ku panggil Mak Long memang agak rapat, tapi aku tak pernah bersua muka dengan isterinya yang di utara.
Pada awal aku kenal keluarga ni, aku tak tahu yang Pak Long ni ada dua orang isteri. Aku selalu kehairanan kenapa Pak Long selalu tiada di rumahnya dan bila aku tanya Mak Long dia kata Pak Long balik kampung dan aku ni pulak lurus bendul...tanya lagi kenapa Mak Long selalu tak ikut Pak Long balik kampung?  Jawab Mak Long dia tak nak kacau Pak Long yang nak tenang-tenangkan hati.
Mak Long tahu aku tak puas hati dengan jawapan dia, sebab aku tengok dia senyum aje...tapi aku cepat tangkap..haa... mesti Pak Long ada isteri lain kat sana... tu sebab Mak Long cakap Pak Long nak tenang-tenangkan hati...macamlah kat sini tak boleh nak tenang!...
Satu peristiwa yang membuat aku tak pernah lupa pada Pak Long ialah kisah dia merajuk dengan Mak Long kat sini, apalagi teruslah balik ke isteri yang satu lagi di utara...macam lagu P.Ramlee madu tiga tu...Lama jugaklah orang tua ni merajuk agak berbulan jugak aku tak nampak dia...
Kisah Pak Long merajuk ni jadi gurauan antara aku dengan Mak Long..hai! Mak Long tak habis lagi ke merajuk Pak Long tu..? Napelah Mak Long tak pegi pujuk Pak Long..tentu Pak Long tengah tunggu Mak Long datang pujuk dia..! itulah selalu usikkan aku pada Mak Long. Tapi Mak Long selalu buat dek aje...dia akan cakap 'biaq pi lah dia, dah tua bangkaq nak mengajuk..'
Sehinggalah suatu hari ada hal kematian saudaranya di sini, jadi Mak Long pun menghubungilah Pak Long di rumah isterinya di utara, tapi yang memeranjatkan Pak Long tiada di sana kata isteri tuanya Pak Long sudah lama balik ke Kuala Lumpur. Rupa-rupanya dia merajuk juga dengan isterinya yang tua oleh satu perkara yang kami semua pun tak tahu apa bendanya...dia berada di sana hanya beberapa minggu saja, lepas itu terus pergi...sangka isteri tuanya dia balik ke KL.
Haa barulah haru jadinya..isteri tua ingat dia ada rumah isteri muda, yang isteri muda ingat dia ada di rumah isteri tua..jadi masing-masing buat tak tahu aje..Bak kata Mak Long kat sini...dulu muda lainlah...dah tua-tua ni..kau balik ke! tak balik ke! lantak pi lah...(haa..ingat-ingat tu orang lelaki...hehehe..)
Panik jugaklah anak-anak Mak Long mencari ayahnya yang hilang..tapi aku tengok Mak Long relex aje..cari punya cari rupanya Pak Long membawa hati yang lara ke rumah adiknya...
Menurut kata Mak Long sedih sangatlah Pak Long kerana sudah berapa lama dia di rumah adiknya tak ada siapa pun yang datang mencari dan memujuknya balik...hehehe...mentang-mentanglah aku dah tua katanya...


Monday, March 1, 2010

Bukan Aku Tak Cinta...

Belum hilang penat dah trip ke Nilai 3 pulak, shoping untuk kenduri kahwin...kali ni dengan ibu mertuaku dan ipar duai!.  Tahun ni agak teruk bulan May anak buah suami bertunang, Jun adik ipar kahwin, Julai anak buahku kahwin dan Okt. anak buah suami pulak kahwin. Itu baru adik dan anak buah kalau anak sendiri...tak tau nak bayangkan macam mana.
Masa tengah sibuk shoping, classmate aku call...sibuk cerita pasal dia nak divorce! alamak...ni yang aku malas ni...!:
NZ: Hello..sape ni
CM:  Zara...ni aku ni A..kau kat mana bz tak?
NZ: Kat Nilai 3 ni..tgh shoping, ape hal ni? mesti ade problem kalau tak.. tak kan call akunye..dah bertahun   tak dengar berita kau...hidup lagi kau ye...!
CM: Sampai hati kau...memang aku tgh problem ni...aku nak divorcelah..
NZ: Kau ni...tiap kali ade problem aje call aku, tapi bila tengah bahagia takde lak nak sibuk cari aku..ni dah confirm ke?
CM: Kali ni jadi..aku dah failkan ke mahkamah.
NZ: A..nanti call aku malam...this is not the right time for storylah..ok!
Sambungan malam pukul 11.00...
NZ: Hello..ini bukan malam lagi dah tengah malam ni..nasib baik abangde aku dah tido kalau tak dia ingat aku bergayut dengan pak we mana pulak!!
CM: Sorylah Zara tadi family wife aku datang tanya apa sebenarnya masalah kami..tu yang lambat aku nak call kau.
NZ: Ok apa cerita kau kali ni...aku nak compare dengan cerita dulu yang aku dah ingat-ingat lupa..aku rasa masa tu 2002 sebelum aku pergi buat umrah...
CM: Aku tahu kau mesti nak marah aku punya..tapi kau mesti dengar story aku dulu...wife aku tu ada affair dengan lelaki lain, aku tangkap dia tengah date kat Shangri La hotel. Aku terus tanya boyfriend dia...kau tahu apa dia cakap.. i love her so much and i want to married her if i can...
NZ: Wife kau cakap apa?
CM: Aku tanya dia.. tapi dia tak jawap sepatah pun, tu maknanya betullah. Ah...aku malaslah nak fikir buat sakit kepala aje, kalau dia dah gila sangat kat jantan tu..biarlah..aku lepaskan dia...aku tak mahu dia buat dosa nanti aku terpalit sama!.
NZ: Ialah kalau dah macam tu..it's up to u lah A..anak-anak kau macam mana?
CM: Ni yang aku nak cerita dengan kau ni..anak aku along cakap dia dah lama tahu mummynya ada affair dengan uncle B..tu tapi dia takut nak cakap dengan aku, takut kami bergaduh dan bercerai berai. Rupanya mereka  selalu keluar bawa anak-anak aku sekali..!
NZ: Macam mana kau dapat tahu sampai kau boleh tangkap dia?
CM: Tulah..Tuhan tu Maha Kaya, nak jadikan cerita adik kepada boyfriend wife aku tu..client aku, dia datang office aku dan nampak wife aku, masa tu wife aku datang sekejap kat office hantar barang tapi yang bagusnya wife aku tak nampak dia...haa..lepas tu keluarlah macam-macam cerita sampailah ke kes aku tangkap dia.
NZ: Adik dia tu lelaki ke perempuan?
CM: Perempuan..nape?
NZ: Takde apa...kau jangan jatuh cinta lak dengan dia! Kahkah....(kami sama-sama ketawa..)
CM: Kau ni...tapi yang tu aku tak boleh janji..sebab adik dia tu cun jugak..kahkah...
NZ: Kan betul...sama aje..tapi kalau dia single apa salahnya! berberaslah kau orang..kata P.Ramlee.
CM: Hai Zara kau tak banyak cakap nape? selalunya berapi-api kata-kata kau!..
NZ: I'm sick and tired of hearing about it!..entahlah tapi kau pun ada silap jugak..kau pernah buat dia macam tu..tu sebabnya..mungkin dia rasa dikhianati..manusia ni ada dua jenis pemikiran, positif dan negatif! orang yang positif  akan jadikan sesuatu perkara yang berlaku ke atasnya sebagai pengajaran dan pedoman agar dia tidak akan buat perkara yang serupa kerana dia pernah merasa betapa sakitnya... yang negatif pulak berfikir kalau kau boleh buat kenapa aku tak boleh? kerana aku juga ada kemampuan dan peluang untuk buat perkara yang serupa tak kiralah apa akibatnya!..kalau ini yang berlaku..maksudnya ada sesuatu yang belum beres diantara kau dengan dia!.
CM: Yalah Zara..ustaz aku pun cakap macam tu..aku mengaku silap aku dulu tapi aku berazam dan berusaha. Aku ingat dia faham dan maafkan aku.. bukan aku tak cinta..tapi dia yang masih berdendam.
NZ: Kau takde berbincang dengan dia langsung ke?
CM: Nak bincang ape..dia langsung tak pandang aku, bertegur-sapa, apa lagi nak bercakap dengan aku...Mak mentua aku tadi menangis mintak aku fikirkan pasal anak-anak tapi aku cakap aku takde masalah..yang bermasalah anak dia..Aku dah cerita habis semua dengan mak mentua dan family wife aku..
NZ: Ialah A..kau memang ada kuasa dan hak tapi gunakanlah sebaik-baiknya dengan fikiran yang waras dan tenang bukan dipengaruhi oleh emosi marah kau tu..di kesilapan kau dulu dia maafkan kau dan memberi kau ruang...fikirkanlah A...kadang-kadang Allah mahu menduga kita..Kenapa Allah selalu berfirman  '.....dan bagi orang-orang yang mahu berfikir'. Lembutkanlah hati dan berfikirlah A....