Something Special here...

Related Posts with Thumbnails

Monday, January 18, 2010

INTAN

Sabtu lepas aku menghadiri parents meeting SMKBRP untuk anak-anak kelas 1A1, 1A2 dan 1A3 sesi pagi (kelas untuk pelajar-pelajar yang mendapat 5A & 4A dalam UPSR).

SMKBRP ini antara sekolah terbaik di negeri Selangor telah di pilih oleh pihak kementerian mengadakan kelas 'Rancangan Khas(RK)' sejak tahun 2005. Kelas RK ini khas untuk pelajar cemerlang UPSR yang dipilih oleh kementerian dan bukan oleh pihak sekolah, tempatnya terhad dan bukan semua pelajar yang mendapat 5A akan terpilih.

Dalam perjumpaan tersebut ibubapa diberi ruang untuk menyuarakan pandangan, pendapat dan masalah tapi menjadi medan ibubapa untuk melepaskan marah dan rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan sekolah dan kementerian pendidikan.

Memang tidak dinafikan ada sedikit masalah dan kekeliruan di kalangan pelajar-pelajar ini apabila mereka ditukar oleh pihak pengurusan sekolah dari sesi pagi ke sesi petang tanpa notis kepada ibubapa atas alasan pihak sekolah kekurangan bilik darjah dan guru.
Sesi pagi hanya dikhaskan untuk pelajar Kelas Rancangan Khas(RK) dan Kelas aliran agama (KAA)sahaja.
Menjadi satu trade mark pula di sekolah ini apabila pelajar tingkatan satu yang bersekolah pagi adalah pelajar-pelajar yang cemerlang.

Anakku sendiri apabila diberitahu ditukar ke sesi petang melahirkan keluhan dan rasa tidak puas hatinya. Kenapa tak suka sesi petang? tanyaku, jawapannya 'itu sesi untuk pelajar yang tak cemerlang jadi dia tak mahu...dia dah bersemangat untuk belajar kuat di kalangan pelajar-pelajar cemerlang ni'

Aku hanya memberi dia semangat... 'abang! di sesi mana atau di kalangan mana pun awak diletakkan itu tak penting yang penting awak kena belajar dengan lebih tekun dan kuat, kalau letak awak di kalangan yang cemerlang tapi awak tak nak belajar tak guna jugak!'. 'Awak kena jadi seperti intan di mana pun dicampakkan ia tetap bersinar dan berharga serta menjadi rebutan, awak kena jadi macam tu di mana pun awak di letakkan awak akan tetap jadi cemerlang dengan syarat awak mahu belajar'
Hanya itu kata-kata semangat yang aku berikan dan dia mengiakan aje..

Ada beberapa orang ibubapa yang marah anaknya yang mendapat 5A dicampurkan dengan pelajar yang mendapat 1A di dalam satu kelas. Kata mereka anak-anak ini demoralize kan oleh guru mereka sendiri, sudahlah tak dapat masuk kelas RK, walaupun cemerlang kena pulak transfer ke sesi petang dan bercampur dengan pelajar yang tak cemerlang!!.

Kata seorang guru semasa sesi soal jawap tersebut 'anak-anak yang dapat 5A ni belum tentu akan jadi doktor, sijil UPSR 5A & PMR 8A tak laku untuk mana-mana universiti pun kalau SPM tak cemerlang! mereka ni baru nak bermula dan perjalanan masih jauh, jadi kita ibubapa apa yang perlu pastikan anak-anak ini terus tekun belajar walau kat mana pun mereka diletakkan dan motivasikanlah anak-anak supaya sentiasa jadi cemerlang.

Aku malu menjadi sebahagian dari ibubapa yang hadir pada hari itu, sebab kita menjadi begitu sombong dan bangga diri tanpa memperdulikan apa perasaan dan masalah yang di hadapi oleh orang lain terutama guru-guru dan pihak pengurusan, hanya kerana kita fikir anak kita pandai dan harus di beri keutamaan serta layanan.

ANAK-ANAKKU INGAT! KITA HARUS SENTIASA MENJADI SEPERTI INTAN YANG SENTIASA BERSINAR DAN BERHARGA WALAU DI MANA SEKALI PUN KITA BERADA.

Monday, January 11, 2010

Betul tak...?

"Kak macammana nak bagi suami selalu sayang kat kita? dah letih ni...nak bercakap sepatah pun susah tapi bila bercakap mesti ada benda nak di gaduhkan, tak tahulah ada aje yang tak kena. Saya jeles tengok akak dengan abang very loving couple. Saya boleh rasa bila tengok cara abang pandang akak penuh dengan kasih sayang dan penghargaan. Saya tak dapat macam tu dari suami saya! Rasa macam nak tinggalkan aje..Macammana ya kak?"

Haa.. seorang lagi teman datang mengadu hal dan masalah rumahtangga. 'Start pukul berapa tadi u cakap dengan akak?' "Nape kak sibuk ke?" 'tak..sebab lepas ni nak kena hantar u bil, kira per hour ye!' kahkah...kami sama-sama ketawa.
'Kalau masih boleh ketawa tu kira ok lagilah..takdelah masalah sangat pun... dia sayanglah tu kalau tidak takkan masih jadi suami u, cuma mungkin dia ada masalah di tempat kerja atau apa saja masalah lain yang dia mungkin tak nak beritau u, communicatelah dengan dia selalu, cakap dengan dia u sedia dengar apa pun perkara atau masalah yang membelenggu fikirannya, tapi u nak kena open your mind jangan pulak bila dia cerita u melenting jadi marah, dengar apa dia cakap be a good listener kalau dia need your opinion barulah u cakap'.

Ini kata seorang motivator 'hanya orang yang penuh kasih sayang terhadap orang lain disekelilingnya sahaja yang layak mendapat penuh kasih sayang dari orang disekelilingnya, dan firman Allah "lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya" jadi maknanya disini kita kena jadi seorang yang pengasih dan penyayang terlebih dulu untuk mendapat kasih dan sayang dari orang lain dan jadi wanita yang terbaik untuk mendapat lelaki yang terbaik, betul tak? bukanlah maknanya kita ni tak baik atau tak pengasih dan penyayang tapi mungkin belum cukup, kena tambah lagi,lagi dan lagi...doakan yang baik-baik untuk suami selalu kerana keberkatanNya akan kita dapat bersama-sama. Amalkan doa dari surah Ali 'Imran ayat 31 selepas solat lima waktu, insyaallah kita akan sentiasa di kasihi oleh setiap insan di sekeliling kita terutama suami dan anak-anak. Akak cakap ni sebenarnya untuk mengingatkan diri sendiri supaya jangan lupa'. Ok times up...

Manusia selalu tak nampak atau lupa benda atau perkara yang ada di depan mata tapi sibuk mencari dan mengejar benda atau perkara yang tak ada depan mata. Yang ada di genggaman itu sudah pasti kita punya. Semoga kita tidak menjadi manusia yang lupa, lalai dan leka.