Mungkin kisah insan ini boleh di jadikan iktibar oleh bukan saja insan-insan yang bergelar lelaki tetapi juga aku yang bergelar wanita dan wanita-wanita lain di luar sana, kerana kisah kecurangan dan lupa diri sejak akhir-akhir ini menjadi barah yang menular kepada wanita yang bergelar isteri pula...kisah Pak S...
Lelaki ini semasa masih sihat, kuat dan punya wang telah lupa diri. Berkahwin dengan seorang gadis muda berusia kalau tak silap 19 tahun dari negara seberang, utara Malaysia. Walaupun pada masa itu beliau sudah punya isteri, anak dan cucu serta pada usia lebih 55 tahun.
Membawa isteri mudanya tinggal sebumbung dengan isteri tua, mengarah isteri tua keluar bekerja mencari wang untuk sara hidup sendiri. Beliau tak perlu bekerja kerana baru mendapat wang EPF dan insuran.
Bergurau senda, gelak ketawa tanpa segan silu bersama isteri muda di bilik sedangkan isteri dan anak-anak ada di rumah. Ajakan isteri tuanya untuk menunaikan haji di Mekah tidak dipedulikan. Beliau begitu asyik dengan isteri mudanya hinggakan setiap teguran isteri tua dan anak-anak menjadi pertengkaran dan pemusuhan.
Kemuncak dari itu beliau telah menghalau isteri tuanya keluar dari rumah. Pergilah isteri tua itu menumpang di rumah anak-anaknya yang telah berkeluarga. Bahagialah Pak S... bersama isteri mudanya dan hidup tanpa ada gangguan lagi.
Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi kehendak isteri mudanya, pergi melancong dan berulang alik ke kampung isteri mudanya.
Itu cerita hampir 10 tahun yang lalu ketika aku baru mengandungkan anak yang ke empat yang kini sudah berusia 9 tahun.
Dipendekkan cerita kini Pak S... hidup sebatang kara tanpa dipedulikan isteri dan anak-anakmya. Isteri mudanya telah lari bersama lelaki lain setelah Pak S... tidak punya apa-apa lagi, duit habis..!nak kerja dah tak larat...dah tu terlibat pula dengan kemalangan jalanraya menyebabkan kakinya patah.
Sepatutnya dalam usia dan keadaan kesihatannya yang begitu Pak S...seharusnya dikelilingi dan ditemani oleh isteri dan anak-anaknya tapi begitulah... kehidupannya hanya mengharapkan belas ikhsan dari tetangga dan orang sekeliling.
Sesekali apabila berjumpa dengannya aku rasa amat terharu dan insaf sekali, seperti kata suamiku 'kita jadikanlah ini suatu iktibar'. Allah sentiasa menguji kita...mungkin Allah mahu mengujinya... sebagaimana Allah menguji isteri dan anak-anaknya dulu.
Ya.. betapa Tuhan menunjukkan satu teladan untuk kami selalu ingat betapa keimanan, tanggungjawab, cinta, kasih sayang, kesetiaan, penghormatan dan penghargaan harus serta wajib dalam sebuah rumahtangga dan keluarga.
4 comments:
begitu lah kesudahan nya, bila di pujuk rayu oleh perempuan indon, kebanyakan lelaki lupa daratan..tak pernah mencermin kan diri sendiri, hanya melihat tua nya isteri ...tidak cantik nya isteri walhal ini lah perempuan yang sering menghamba kan diri dari muda hingga ke tua...
Semuga suami kita tidak sebegitu ya...
...lepas tu bila dah tua mula nak ngendeng balik bini tua dan anak-anak yang disia-siakan dulu. Bila kena tinggal kat bas stop, mula la buat cerita sedih masuk suratkabar..
NZ! i tak sangka u pandai menulis. Sejak bila u belajar tulis Bhs. Melayu. Kehkeh.. but i like your blog.
Semoga tak dapat suami mcm ni.. Takuttt..
Post a Comment