Something Special here...

Related Posts with Thumbnails

Sunday, February 27, 2011

APA ITU CINTA.


Cinta ialah apabila kamu menerima segala kesalahan dan kekurangannya, kerana itu adalah sebahagian dari dirinya.

Cinta ialah apabila kamu menangis saat dia sedih meskipun dia kuat dan tabah.

Cinta ialah apabila kamu memaafkannya dan bersedia tetap bersamanya saat dia menyakiti dan melukai hatimu

Cinta ialah apabila kamu tetap setia walauapa pun yang terjadi kepadanya, ketika dia sihat mahupun sakit, ketika dia kuat mahupun lemah dan ketika dia gembira mahupun duka.

Cinta ialah apabila kamu bersedia memberikan hatimu, jiwa raga kehidupanmu dan suka dukamu untuk dikongsi bersamanya.

Cinta ialah apabila kamu tertarik pada orang lain, tapi tetap setia mendampinginya tanpa pernah jemu dan menyesal.


Peringatan untuk diriku sendiri dan anak-anak: Cintailah Allah dengan mencintai dirimu sendiri, kedua ibubapamu, suami atau isterimu, anak-anakmu, saudara maramu, agamamu, bangsamu dan tanah airmu kerana semua ini adalah cabang-cabang cinta kepada Allah Swt.

Wednesday, February 16, 2011

Isteri Yang Sentiasa Perawan.


Dr Fatimah Az Zahra telah menurunkan petua untuk para isteri menjaga diri agar sentiasa menjadi 'abqaro' seperti menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. 

Caranya:

Lepas solat Isya’, ambil segelas air, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan 

Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum.

Niat di dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga. 


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: 

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

Tuesday, February 8, 2011

CINTA LELAKI


Cinta lelaki bukan saja pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.

Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami. Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita disisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya,jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

•Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri tanpa sedikit keterpaksaan.

•Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

•Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

•Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

Dia mencemburui kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

•Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

•Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

•Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.

•Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri.

.Merasa lega bila pasangan memujuknya.

•Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

•Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

•Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

P/S: Sering kali mata tak melihat apa yang telah di lakukan oleh hati dan hati pula selalu menafikan apa yang terlihat oleh mata. 
Ya Allah bantulah aku sentiasa agar tidak 'buta mata' dan 'buta hati'.
Syukur Ya Allah.. Terima kasih lelakiku! kerana sentiasa jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaan kita... semoga semua ini berkekalan hingga ke akhir hayat.