Something Special here...

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 24, 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.


Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan Ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.


Friday, June 24, 2011

Kulit Berkedut Tanda Tulang Rapuh.

Lamanya tak buka rumah ni.. dah banyak sawang nampaknya, banyak tenaga nak kena guna untuk operasi membersih ni.. laratke?? hehe... sesuai dengan peningkatan usia, tenaga pun dah makin kurang, kulit pun dah semakin kedut dan tulang pulak dah semakin rapuh... dalam bahasa Pak Nil dipanggil 'kertu' haha.. Jadi eloklah beringat ye!
Cerita pasal kulit dan tulang di sini saya ada sedikit info yang amat berguna:

Semakin hari semakin kita berusia dan semakin berusia pula maka terdapatlah tanda-tanda berkedut di wajah.

Jika ingin tahu kesihatan tulang, belek sahaja muka dihadapan cermin dan kira garisan kedut yang kelihatan pada wajah anda.

Sekiranya garis penuaan dan kedutan semakin jelas, ia bermakna kepadatan tulang anda semakin berkurangan, terutamanya pada wanita menopause.

Merungkai kaitan kedutan dengan kesihatan tulang wanita, Pakar Endokrin Reproduktif daripada Fakulti Perubatan Uneversity Yale Amerika Syarikat, Dr. Lubna Pal memberitahu, tulang dan kulit dihasilkan oleh kelompok protein yang sama disebut kolegen.

Pertambahan usia akan menyebabkan pengeluaran kolegen menyusut sekaligus mengurangkan keanjalan kulit dan mengakibatkan kulit berkedut.

Pengurangan ini akan mempengaruhi kepadatan tulang.

Dalam satu kajian yang membabitkan 114 sukarelawan wanita yang berumur 30-an hingga 50-an, dengan menggunakan alat Durometer untuk pemeriksaan keanjalan kulit manakala sinar X pula untuk menguji kepadatan tulang responden.

Hasilnya wanita yang mempunyai kedutan paling banyak memiliki tulang yang lebih rapuh berbanding wanita yang kulitnya masih anjal.

Sunday, February 27, 2011

APA ITU CINTA.


Cinta ialah apabila kamu menerima segala kesalahan dan kekurangannya, kerana itu adalah sebahagian dari dirinya.

Cinta ialah apabila kamu menangis saat dia sedih meskipun dia kuat dan tabah.

Cinta ialah apabila kamu memaafkannya dan bersedia tetap bersamanya saat dia menyakiti dan melukai hatimu

Cinta ialah apabila kamu tetap setia walauapa pun yang terjadi kepadanya, ketika dia sihat mahupun sakit, ketika dia kuat mahupun lemah dan ketika dia gembira mahupun duka.

Cinta ialah apabila kamu bersedia memberikan hatimu, jiwa raga kehidupanmu dan suka dukamu untuk dikongsi bersamanya.

Cinta ialah apabila kamu tertarik pada orang lain, tapi tetap setia mendampinginya tanpa pernah jemu dan menyesal.


Peringatan untuk diriku sendiri dan anak-anak: Cintailah Allah dengan mencintai dirimu sendiri, kedua ibubapamu, suami atau isterimu, anak-anakmu, saudara maramu, agamamu, bangsamu dan tanah airmu kerana semua ini adalah cabang-cabang cinta kepada Allah Swt.

Wednesday, February 16, 2011

Isteri Yang Sentiasa Perawan.


Dr Fatimah Az Zahra telah menurunkan petua untuk para isteri menjaga diri agar sentiasa menjadi 'abqaro' seperti menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. 

Caranya:

Lepas solat Isya’, ambil segelas air, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan 

Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum.

Niat di dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga. 


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: 

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

Tuesday, February 8, 2011

CINTA LELAKI


Cinta lelaki bukan saja pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.

Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami. Adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita disisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya,jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

•Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri tanpa sedikit keterpaksaan.

•Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

•Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

•Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

Dia mencemburui kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

•Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

•Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

•Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.

•Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri.

.Merasa lega bila pasangan memujuknya.

•Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

•Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

•Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

P/S: Sering kali mata tak melihat apa yang telah di lakukan oleh hati dan hati pula selalu menafikan apa yang terlihat oleh mata. 
Ya Allah bantulah aku sentiasa agar tidak 'buta mata' dan 'buta hati'.
Syukur Ya Allah.. Terima kasih lelakiku! kerana sentiasa jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaan kita... semoga semua ini berkekalan hingga ke akhir hayat.