Ini cerita masa muda-muda dulu...masa tu tak tahu cerita sebenar di sebalik Valentine Day’s , hukum hakam menyambutnya kerana tak ada sesiapa pun memberitahu dan kurangnya kesedaran tidak seperti hari ini.
Inilah kisahku….
Sehari sebelum VD seorang 'teman tapi mesra' (kata orang sekaranglah) aku namakan H saja... bertanya samada aku akan keluar dengan sesiapa untuk sambut VD, aku cakap tak ada...dia pelawa aku keluar dengannya dan aku pulak setuju aje.. walaupun masa tu aku dah ada seorang teman lelaki yang aku anggap special... biar aku namakan S.
Aku ingat lagi masa tu S tak ada di sini, ke Singapore ada urusan kerja tapi dah berjanji kami akan keluar sambut VD selepas dia balik ke KL.
H aku kenal dah lama juga tapi kami tak pernah cakap soal cinta pun, kami kerap juga keluar tapi beramai-ramai bersama teman-teman lain.
S pula sudah berterus terang yang dia sayang kat aku… kami sama-sama mahu mengenali hati dan budi masing-masing dan mahu hubungan ini menjadi serious.
Dipendekkan cerita... masa makan tu H tanya aku dah ada special boyfriend ke? tapi aku cakap belum ada.. tengah mencari...lepas tu dia beri aku satu bungkusan hadiah bersama sekeping kad tapi dia cakap balik nanti baru boleh buka, aku pulak tak ada belikan apa-apa pun untuknya sebab aku tak anggap ini sambutan VD bersamanya cuma makan malam aje... kesian dia!
Sampai rumah aku pun bukalah...dapat perfume Poison CD.. bestnya! dalam kad tu pulak tulis dia nak jalinkan hubungan yang serious dengan aku, pulak dah...!!! Takpelah nanti aku settle lah dengan mat ni…kononnya la!
Keesokan malamnya pulak aku keluar dengan S. S tanya semalam aku ada keluar ke dan dengan siapa? aku mengaku keluar tapi dengan kawan-kawan (jahatnya aku…membohong!).
Semasa di dalam kereta ketika S menghantar aku balik ke rumah dia cakap dia nak hubungan kami ini menjadi lebih serious sambil menghulurkan hadiah...bila dengar apa yang S cakap aku teringat kad yang ditulis oleh H...sama...!!!
Sampai di rumah aku pun buka hadiah yang S beri...perfume Poison CD!!!???....alamak kenapa sama???...nak kena racun ke aku ni!..
Tak mungkin semua ini kebetulan…Hadiah yang sama! kata-kata yang sama!, cuma S lafazkan, H tulis dalam kad!
Malam tu aku tak boleh tidur, fikir macam-macam...sampai aku terfikir mungkin dia orang berdua ni saling mengenali dan nak mengenakan aku. Mungkin S nak menduga aku menggunakan H atau dia orang ni nak mempermainkan aku...
Kenapa H tanya samada aku sudah ada yang special, kenapa pulak S tanya semalam aku keluar dengan siapa dan mahu hubungan kami lebih serious sedangkan kami sama-sama sudah sedia tahu di peringkat mana hubungan kami.
Persoalan kenapa, kenapa dan kenapa bermain-main dalam fikiran aku. Aku tak tahu kenapa aku menjadi begitu takut dan malu nak berhadapan dengan S, terasa seolah-olah S tahu apa yang telah aku cakapkan dengan H. Terasa seolah-olah S tahu aku tak jujur dengannya. Tulah dia… kalau dah bersalah!.
Sudahnya dipendekkan cerita akhirnya aku tidak layan dan menjauhkan diri dari dua orang lelaki ini. Frust menonggeng tak usah ceritalah…tulah padahnya kalau tak jujur dan tak setia.
Walaupun selepas daripada peristiwa itu tidak ada tanda-tanda pun mereka mengenali antara satu sama lain atau pun berpakat, tapi aku tetap fobia, malu, takut dan entah apa-apa yang aku fikir.
Kisah ini tak pernah aku cerita dengan sesiapa melainkan dengan seorang teman sebilik di ITM dulu, aku malu…teman sebilik aku ni cakap aku dihinggapi sindrom penyakit paranoid iaitu kecurigaan dan salah anggap yang keterlaluan terhadap orang lain, perasaan takut dan bersalah yang amat…dia suruh aku pergi jumpa pakar psikologi…..kah kah kah…dia marah sebenarnya, itu sebab dia cakap macam tu….kerana ada satu lagi rentetan peristiwa fobia Valentine…. yang mana ini telah menemukan aku dengan BUAH HATIKU sekarang… yang ini kita cerita part yang ke dua.
Untuk anak-anakku dan semua yang membaca blog ini, ‘jangan cuba-cuba menjadi tidak setia, berbohong dan tidak jujur dengan pasangan padahnya sendiri yang akan tanggung, kita jadi takut pada bayang-bayang sendiri’.